Ahad, 13 Jun 2010

HATI

  HATI

Hati merupakan alat yang mengendalikan semua anggota tubuh.Melalui hatilah anggota lain mengambil teladan baik dalam ketaatan atau kemungkaran.Hati ibarat raja di mana segala perintahnya harus dilaksanakan oleh anggota yang lain.Disebabkan kedudukannya yang tinggi inilah maka para ulamak dan solihin berusaha melembutkannya,meluruskannya dan mengubatinya.Sabda Rasulullah:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ini ada seketul daging.Apabila ia baik,maka baik pula seluruh tubuh dan apabila ia rosak,maka rosak pula seluruh tubuh.Ketahuilah seketul daging itu ialah hati” Riwayat Bukhari.

HATI YANG SUCI.

Hati yang suci (Qalbun Soleh)adalah hati yang taat pada semua perintah Allah dan sentiasa menjauhi segala kemaksiatan dan keengkaran kepada Allah.

HATI YANG MATI.

Hati yang mati(Qalbun Mayyit)iaitu hati yang penuh keengkaran pada Allah.Ia dipandu oleh kehendak nafsu dan segala yang dilakukan bukan kerana Allah.Ia tidak lagi mendengar seruan menuju Allah tetapi lebih mendengar seruan syaitan

Rabu, 19 Mei 2010

Rahsia Kewajipan Menahan Pandangan Mata

Daripada Inbnul Qayyim Al-Jauziyah(Raudhah Al-Muhibbin)& Al-Munziri(Fiqh An-Nadhr)

~ Ia bererti menunaikan perintah Allah Taala.Tiada manusia yang bahagia di dunia dan di akhirat kecuali dengan menunaikan perintah2 Allah.
~ Ia akan menguatkan hati dan membahagiakannya sedangkan meliarkan pandangan akan melemahkan hati dan membuatkannya gelisah
~ Ia membuatkan hati selalu bermesraan dengan Allah sebaliknya akan memporak-perandakan hati dan fikiran jika ia meliarkan pandangan.
~ Ia akan melepaskan hati daripda tawanan syahwat.
~ Ia akan membentengi seseorang daripada pintu syaitan.
~ Ia akan menguatkan akal dan menambah kecerdasan.
~ Ia akan mengosongkan hati daripada pelbagai maksiat.
~ Ia merupakan mas kawin bagi bidadari.
~Ia akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu.
~Ia akan melahirkan hati yg gagah dan berani hingga membuatkan seseorang itu memiliki wawasan luas dan daya penghujahan yg mantap

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

'' Katakanlah kpd orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata(terhadap wanita),dan memelihara akan kemaluan mereka(menutupnya). Yang demikian iu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yg mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak daripadanya.''(An-Nur:30-31)

Khamis, 7 Januari 2010

LIMA SOALAN DARI IMAM AL-GHAZALI RAHIMALLAH TAALA

Suatu hari, Imam Al-Ghazali rhm. berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali r hm bertanya....pertama, '' Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?''. Murid-muridnya menjawab '' Orang tua,guru,kawan, dan sahabatnya''. Imam Al-Ghazali rhm. menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''MATI''. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran 185)


Lalu Imam Al-Ghazali rhm. meneruskan pertanyaan yang kedua.....''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''. Murid-muridnya menjawab ''Negara China,Bulan,Matahari dan Bintang-bintang''. Lalu Imam Al-Ghazali rhm. menjelaskan bahawa semua jawapan yang nereka berikan itu adalah benar.Tapi yang paling benar adalah '' MASA LALU''. Walau dengan apa cara sekalipun lita tidak dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama Islam.


Lalu Imam Al-Ghazali rhm. meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....''Apa yang paling besar di dunua ini?''. Murid-muridnya menjawab ''Gunung,Bumi dan Matahari''. Semua jawapan itu benar kata Imam Al-Ghazali rhm. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ''NAFSU'' Maka kita harus berhati-hati dengan mafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, ''Apa yang paling berat di dunia ini?''. ''Ada yabg menjawab ''besi dan gajah''. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Al-Ghazali rhm. tapi yang paling berat adalah ''MEMEGANG AMANAH''(Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT,sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah, '' Apa yang paling ringan di dunia ini?''.....Ada yang menjawab ''kapas,angin,debu dan daun-daunan''. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali rhm. tapi yang paling ringan di dunia ini adalah ''MENINGGALKAN SOLAT''. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat,gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.


Dan pertanyaan keenam adalah, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''.......Murid-muridnya menjawab dengan serentak ''Pedang''. Benar kata Imam Al- Ghazali rhm. tapi yang paling tajam adalah ''LIDAH MANUSIA'' kerana melalui lidah,Manusia selalumya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

WALLAHUA'LAM.

Selasa, 22 Disember 2009

*** HIDUNG ***

" Assalamualaikum salam sejahtera kawan-kawan....saja
nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita,
mungkin ada yang dah tahu.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit.Bunga akan berkembang segar jika disirami air...
dan hidung akan berkembang
megah bila dipuji ye dak...bila kita nangis kekadang
hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung
lebih banyak dari air mata...malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung sesorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat
diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan dalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya.
Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun daritidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah saw selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita...macam-macam dia bikin...oleh itu bersihkanlah.

Cara naik bersihkannya:-

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil...
bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu lubang hidung tertanggal....boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas(macam serombong kapal daa...)
Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu...boleh lemas tu...kan susah,setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.Kalau teringat sama-sama lah kira menyedut udara pemberian Allah dan dapat menhidu bau syurga.(Ini bergantung kepada amalan masing-masing)


Akhir kata.. " Walaupun dirimu tidak kukenal..! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku..."


Isnin, 21 Disember 2009

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

" Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.....bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah,bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad.Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam jua kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianya wajib)yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalam daripada slam yang diucap di akhir soalt akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakait sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,akan serlamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang khatam Qur'an dalam jangka masa 2-3 minit?. Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membasa 10 juz kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit,maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki maupun perempuan

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain.Sepertimana sabda Rasulullah SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya sesorang anak Adam itu,hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:-
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kpd orang lain.

Sabtu, 19 Disember 2009

Rahsia Membaca Surah Yassin

BACALAH YASSIN(tapi wajib bertajwid & mengikut adabnya)

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: ''Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan'', iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin,ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yg telah meninggal dunia,Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yg dahaga membacanya, hilang rasa haus.
10. Jika dibacakan kepada org yg sakit,terhindarlah daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila dtg ajal org yg suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa org yg suka membaca Yassin sehingga dtg Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman utknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dlm kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat 2 rakaat pada malam Jumaat,dibaca pd rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka,Allah jadikan seti huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 org daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yg meragui keterangan ini,dia adalah org-org yg munafik.

Rabu, 16 September 2009

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA.

1)

- Waktu engkau masih kanak-kanak
- kau laksana kawan sejatiku
- Dengan wudu', Aku kau sentuh
- dengan keadaan suci, Aku kau pegang
- Aku, kau junjung dan kau pelajari
- Aku, kau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
- Setelah selasai engkau cmemciumku mesra

2)

- Sekarang engkau telah dewasa
- Nampaknya engkau sudah tak berminat lagi padaku
- Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah..?
- Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuan
- Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..?
- Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
- Sehinggga engkau lupa dimana aku tersimpan
- Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu

3)

- Kadang-kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertakwa
- Atau, Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
- Kini, Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dan kesepian
- Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau padamkan
- Dulu pagi-pagi, surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
- Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau

4)

-Sekarang.... seawal pagi sambil minum kopi..engkau baca surat khabar dulu
- Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
- Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla
-Engkau abaikan dan engkau lupakan

5)

-Waktu berangkat kerja pun kadangengkau lupa baca pembuka surahku(Bismillah)
-Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
-Tidak ada keset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
- Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu/mengasyikan


6)

- Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
- Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
- Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
- E-mel temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
- Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
- Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

7)

- Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan tv
- Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
- Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
- Waktu pun cepat berlalu
- Aku semakin kusam dalam lacimu
- Muengumpul debu atau mungkin di makan hama

8)

- Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
- Itupun hanya beberapa lembar dariku
- Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
- Engkaupun kini terangkak-terangkak ketika membacaku
-Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

9)

- Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
- Engkau akan diperiksa oleh para Malaikat suruhannya
- Apakah tv,radio,hiburan atau komputer dapat menolong kau
- Yang pasti aat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
- Itulah janji Tuhanmu, Allah

10)

- Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu
- Setiap saat berlalu
- Dan akhirnya
- Kubur yang setia menunggumu...
- Engkau pasti kembali,kembali kepada Tuhanmu

11)

- Jika Aku, engkau baca selalu dan engkau hayati...
- Di kuburmu nanti...
- Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan..
- yang akan membantu engkau membela diri
- Dalam perjalanan ke alam Akhirat
- Dan akulah '' Al-Quran'', kitab sucimu
- Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu

12)

- Peganglah Aku kembali..bacalah Aku kembali setiap hari
- Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
- Yang berasal dari Allah Azzawajalla
- Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
- Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu
- Keluarkanlah segera Aku dari almari,lacimu...
- Letakan Aku selalu di depan meja kerjamu..
- Agar Aku sentiasa mengingati Tuhanmu
- Sentuhilah Aku kembali..

13)

- Baca dan pelajari lagi Aku..
- Setiap datangnya pagi,petang dan malam hari walau secebis ayat
- Seperti dulu...waktu engkau masih kecil
- Disurau kampungmu yang damai..
- Jangan Aku engkau biarkan sendirian..
- dalam sepi dan bisu.




Maha Suci allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana-Moga bermanfaat.



Sabtu, 5 September 2009

Jati Diri Yahudi dan Wasiat Rasulullah.

Jati Diri dan Wasiat Rasulullah.


''
Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka sehingga seorang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon berkata : Hai muslim ! Hai hamba Allah ! Ini Yahudi dibelangku, kemarilah aku, bunuhlah dia ! Kecuali pohon Ghorqod, mala itu adalah dari pohon-pohon orang Yahudi.''
(HR Muslim VII/188, Bukhari VI/51, Lu'lu' wa-al Marjan III/308)



Fenomena pertentanganantara ummat Islam dan Yahudi di Palestin semakin meningkat. Berbagai tindakan kekerasan terhadap ummat Islam tak kunjung berakhir, sekalipun bangsa-bangsa di dunia telah mengutuknya.

Pengakuan Yahudi atas Jerusalem, ternyata menibulkan kesalahfahaman ummat Islam dalam menyikapi Yahudi, dengan membandingkan Yahudi zaman dulu dan sekarang. Mereka menyamakan Yahudi zaman dahulu yang beriman kepada Musa ' Alaihis salaam(as) dengan Yahudi sekarang. Penyamaan sikap ini mengakibatkan buruk baik dalam aspek aqidah maupun amal.

Ada beberapa hal penting seperti dijelaskan dalam syariat dan sejarah; pertama, sesungguhnya Bani Israil yang mengimani ajaran Musa As berbeza denagan Yahudi sekarang. Yahudi dahulu terdiri dari kaum Muslim dan Mukmin. Sedangkan sekarang terdiri dari kaum kafir, musyrik dan penentang ajran Musa yang telah keluar dari syariatnya. Bani Israil adalah keturunan Ya'qub Alaihissalam

Ibrahim pernah berwasiat kepada anak-anaknya,demikian pula dengan Ya'qub. Ibrahim berkata : '' Hai anak-anakku, Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu,maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.''(al-Baqarah:132). Yusuf as juga menegaskan hal yang sama, '' Dan aku mengikut agama bapak-bapakku iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami(para nabi) mempersekutukan sesuatu apappun dengan Allah.'' (Yusuf:38)

Ini sama dengan pesan Allah tentang orang-orang Yahudi yang mengimani ajaran Musa as. '' Dan Kami jadikan di antara mereka(Bani Israil) itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.Dan adalah mereka menyakini ayat-ayat Kami(QS. Sajdah:24)

Ayat lain menyatakan, '' Dan sungguh telah Kami pilih mereka dengan pengetahuan(kami) atas bangsa-bangsa.''(ad-Dukhan:32)

Adapun orang-orang Yahudi yang keluar dari ajaran Musa, secara otomatik mereka telah jatuh pada kemusrikan. Mereka yang musyrik itu seperti disebut dalam ayat-ayat berikut ini: Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu,sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu(al-Maidah:64), mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah(at-Taubah:31). Orang-orang Yahudi berkata: Uzair itu putera Allah(at-Taubah:30).

Jadi, Yahudi sekarang tidaktidak ada kaitannya dengan Yahudi yang beriman kepada Mua as Adalapun klaim mereka terhadap bumi Palestin, itu merupakan pengembangan dari kekufuran merek terhadap Musa As dan nabi-nabi sesudahnya. Mereka telah keluar dari tauhid dan syariat Musa As.

Kedua: Kebanyakan Yahudi sekarang bukan berasal dari Bnai Israil. Orang-orang Yahudi yang merampas wilayah Palestin sekarang, bukan bersal dari keturunan yang dulu pernah bersama-sama hidup dengan Musa As. Sekarang, Yahudi keturunan Israil,yang dikenali sebetun Safaradim, tidak lebih dari 20% jumlahnya di dunia. Kominiti inipun percampuran dari berbagai etnik lain kerana pernikahan dan lain-lain. Sebahagian kecil dari jumlah di atas, bukanlah asli keturunan Bani Israil. Adapun majoriti kaum Yahudi di dunia yang mencapai 80%, itu berasal dari Eropah dan berbagai negara di dunia. Mereka dikenal dengan sebutan al-Asykanazim, dimana mereka memasuki ajaran ajaran Yahudi yang sarat dengan paganisme.

Sesunggunya, Palastin bukanlah milik Bani Israil, tetapi milik kaum Jabbariyin yang hidup sebelum Bani Israil. Allah mengizinkan kepada Bani Israil untuk memasuki wilayah Palestin, jika mereka masih komitmen terhadap ajaran yang benar. Jika tidak, secara automatik izin tinggal dari Allah di baitul Muqqadis telah dicabut.


Ketiga : Sesungguhnya sifat dasar Yahudi yang diabadikan dalam Al-Quran dari masa ke masaadalah pengkianat, penakut, provokator, pemicu permusuhan, penipu,sombong dan lain-lain. Sikap itu terlihat ketika mereka menyakiti Musa as dan keluar dari ajaran Taurat. Itulah sikap dasar yang selalu rentan dengan perubahan. Mereka tanamkan ajaran berbahaya itu kepada anak cucu mereka dan kepada orang yang masuk agama mereka. Hanya sebahagian kecil saja dari mereka yang masih memiliki komitmen terhadap Musa As(al-Maidah:59&62). Diantara mereka ada golongan pertengahan(al-Maidah:66).


Kehancuran Yahudi.


Hadis diatas mengajarkan kepada kita untuk merancang masa depan, sekalipun masa depan itu sesuatu yang ghaib. Danyang bisa mengetahui hal-hal ghaib,hanyalah Allah.(QS. an-Naml:66) Tetapi Allah mempunyai sunnatullah yang berlaku pada diri manusia. Ungkapan hadis di atas menjelaskan, peperangan yang akan terjadi bukanlah peperanganlokal antara orang Yahudi dan Muslim Palestin. Tetapi awal peperangan terhadap Yahudi yang sekarang mendominasi dunia. Apabila terjadi pertarungan global dan ummat Islam memperolehi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah saw,maka akan mengubah sejarah para penguasa Yahudi di dunia. Ketika itu kepimpinan dunia akan berubah dengan konsep lain yang sesuai dengan fitrah manusia.

Jahiliyah moden sudah lama menyimpan berbagai penyakit kerana mengingkari Al;lah dan akhirat. Dimana-mana terjadi penganiayaan, permusuhan,dekadensi moral,peperangan yang menghancurkan. Berbagai isme yang lain telah gagal dalam mengantarkan manusia moden menuju pintu gerbang kebahagian.Kini,manusia telah dijangkiti penyakit jiwa yang sangat akut. Mereka kehilangan harapan,kecewa, selalu dibanyangi ketakutan dan lain-lain. Mereka menunggu terwujudnya pandangan hidup yang bisa mencerdaskan akal,mencerahkan hati dan memperbaiki akhlak mereka.

Khamis, 3 September 2009

Transit DiAlam Barzah Dan Padang Mahsyar.

Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalaui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh

Alam dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim

Selama 120 hari berada didalam rahim(tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

Manusia hidup didalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yang seterusnya.
Hidup sehingga 65 tahun- 75 tahun.

4. Alam Kubur

Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. 1 tahun bersamaan 1000 tahun didunia. Hadis Imam At-Turmudzi menerusi Abi' Sa'iid: Rasulullah saw bersabda '' Sesungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka.''


5. Alam Mahsyar

Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 tahun. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.

Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba(termasuk orang beriman yang mati di Mekah dan Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat mati di tempat yang lain.

Rasulullah s.a.w yang pertama sekali di bangkitkan dimana Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibrail : ''Dimana kamu tinggalkan umatku.''

Di dalam Surah Al- Waaqi'ah Allah menyebutkan di permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Mugarrabin (orang yang didekatkan kepada Allah):
iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga di peringkat awal

2. Abraar (Baik-kebaiwan):
iaitu orang-orang yang baik-baik nereka ini ialah golongan Kanan(golongan bertuah peringkat kedua).

3. Fujjar (Jahat-jahawan):
iaitu orang-orang yang jahat-jahat,mereka ini ialah golongan Kiri(golongan celaka/sial).


Kemudia Allah menyebut di akhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan juga iaitu:
1. Mugarrabin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.


Peristiwa Di Padang Mahsyar.

Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasulullah s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s diberi pakaian terlebih dahulu diikutu yang lain(para Nabi, Sahabat dan mereka yang beriman).

7 Golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
3. Lelaki yang bersedekat tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yang diajak oelh wanita, tetapi dia menolak dengan berkata: ''Aku takut ]ada Allah.''
6. Lelaki yang mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

(Di dalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 tahun(di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara: '' pergilah berjumpa dengan para Nabi ''..maka yang mngetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia in berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam mengatakan beliau jugak ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di Syurga...maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa(semuanya memberi sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat:
- Soal jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab

Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan di sekeliling Neraka Jahanam. '' Oleh itu, demi Tuhanmu(wahai Muhammad) ! Sesungguhnya Kami himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.'' Surah Mariam Ayat 68. Kemudian manusia ,meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan(persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat(iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk menruskan perjalanan ke Syurga(sepantas kilat bagi mereka yang beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah dari Sirat dan akan tiba didasar Neraka setelah 60 tahun. (* Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

Dan demi sesungguhnya ! (Nabi Muhammad) telah melihat(Malaikat Jibrail,dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi '' Sidratul-Muntaha'' : Yang di sisi nya terletak syurga '' Jannatul-Makwa''. ( Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam bentuk rupanya yang asal pada pada kali ini ialah) semasa '' Sidratul-muntaha'' itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib,yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16


Kesimpulannya :
Mati adalah benar,hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam yang seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesal di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api Neraka.

Wallahuwa' lam.



Rujukan:

* Tazkhirah Ustaz Zawawi UIA
# Suka-suka Roh di Alam Barzah- Abdullh Al- Qari
*Diambil dari kitab/Al-Quran oleh penulis dari Abdullah bin 'Amr r.a..,

Rasulullah s.a.w bersabda, '' Sampaikanlah pesan biarpun satu ayat..''

Rabu, 26 Ogos 2009

NABI ADAM SWT

SETELAH Allah SWT menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergermerlapan, menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadat menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabiNya maka tibalah kehendak Allah SWT untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yamg terpedam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
a. Kekhuatiran Para Malaikat
Para malaikat ketika diberitahukan oleh AllahSWT berkaitan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari berkatalah mereka kepada Allah SWT:'' WahaiTuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancurandi atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.''

Maka Allah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu dengan ayatNya yang bermaksud:

: Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakanya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah SWT melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.''

b. Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggang mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud dihadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanah menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam didalamnya.Iblis meras dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari adam, kerana ia diciptakan dari unsur api sedangkan Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan usul-usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintahkan oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada iblis: " Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku? Adakah engkau menganggap dirimu bsar dan agung?"

Iblis menjawab: '' Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari lumpur.''

Kerana kesombongan, kebongkakan dan pembangkangannya melkukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya memohon agar kepadanya diberi peluang untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan. Iblis setelah menerima jaminan Tuhan behawa ia akan diberi tangguhan hidup sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam. sebahagian sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkan nya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka agar meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, mengoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: "
Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada-ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu; walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

c. Pengetahuan Adam Tentang Nama-nama Benda

A
llah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka duajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat, seraya berfirman: ''cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam.''

Para malaikat tidak berdaya memenuhi cabaran Allah untuk menyebut nama-nama
benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata: '' Maha Agung Engkau ! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.''

Adam lalu diperintah kan oleh Allah untik memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:'' Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan itu dan apa yang kamu sembunyikan.''

d. Adam menghuni Syurga

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakan Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan.

Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah kiri di waktu ia masih tidur, sehinggah ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.Ia ditanya oleh malaikat: '' Wahai Adam !
Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampimgmu itu?'' '' Seorang perempuan, jawab Adam sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya. '' Siapa namanya?'' Tanya malaikatl lagi. ''Hawa.'' Jawab Adam. ''Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?'' Tanya malaikat lagi. Adam menjawab: Untuk mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah.''